Kenapa Baru Sekarang?

Posted by Agip | 6:36 PM | | 0 comments »

Salam pertemuan, sesudah sekian lama tak menaip, lalu perjuangan harus diteruskan..Er sebenarnya topik ni dah lama diketengahkan namun sebenarnya perlu bagi kita berfikir secara mendalam. Kenapa baru sekarang? bermaksud kenapa baru sekarang nak memboikot barangan keluaran Yahudi?

Mengikut maklumat produk-produk ini adalah milik/penyokong Yahudi

Jika anda ada sebarang maklumat atau pertanyaan sila hubungi PPIM di Hotline:019-3591000

Sebenarnya sudah lama perkara ini boleh dilaksanakan. Tapi sebagai contoh sudah lama Malaysia sendiri menghalang rakyatnya membuat Passport ke negara rejim itu sendiri. Itu sepatutnya satu teladan yang patut dicontohi oleh kita, rakyat Malaysia. Ingat jangan fikir apa yang negara telah sumbangkan pada kita, tapi sepatutnya kita berfikir apa yang telah kita sumbangkan pada negara..walau tak banyak pun sedikit sudah memadai. Ada apa dengan boikot? Ya,mungkin sekarang permulaan langkah sebagai mencari identiti kita. Mari kita lihat dengan lebih jauh lagi ke mana hala-tuju ekonomi diri dan negara? Kenapa baru sekarang nak menyekat pembelian daripada Tesco?
Bagaimana pula pasaraya besar yang lain daripada luar seperti cendawan tumbuh di negara kita? Sebenarnya semua ini boleh dilihat sebagai kebangkitan rakyat Malaysia sendiri untuk menyokong peruncit tempatan, disamping bersikap positif terhadap kemampuan sendiri dan kebolehan sendiri. Pasaraya tempatan sepatutnya untuk rakyat tempatan bersikap lebih adil dan telus, sentiasa memikirkan nasib dan keadaan persekitaran. Ingatlah keuntungan saja tak menjamin kesetiaan pelanggan, malahan rakyat sekarang lebih bijak memilih pasaraya mana yang lebih banyak membantu rakyatnya. Sokonglah barangan tempatan, disamping tubuhkan latihan bagi usahawan-usahawan muda untuk meningkat naik.
Secara tak langsung usaha ini haruslah secara berterusan, secara sedar atau tidak di ruangan blogspot atau blogger-blogger ada mereka yang mengusahakan perniagaan mereka sokonglah mereka ini...mungkin mereka memerlukan tapak permulaan untuk berkembang...